Thursday, November 19, 2009

Tahniah Anak-anakku!

TAHNIAH kpd anak sulungku, Muhammad Nur Iman kerana mdapat 4A 1B dlm UPSR yg diumumkan pagi tadi. Mcm tak percaya apabila namanya dipanggil utk menerima slip keputusan & hadiah tunai RM80 dari PIBG. Really unexpected sb trial cuma 2A je. Berdasarkan keputusan2 peperiksaannya sebelum ini aku sebenarnya tidak menaruh harapan besar utk dia mcapai keputusan cemerlang dlm UPSR. Di dalam kelas B dari darjah 2 sehingga darjah 6 & sering mendapat keputusan no 15 keatas dlm peperiksaan setengah tahun & akhir tahun , tiada apa yg dpt diharapkan tapi berkat kesungguhan belajar & doa mamanya barangkali dia berjaya memecahkan keraguan ku terhadapnya selama ini. Di dalam PSRA pula dia dapat jayyid Jiddan.
Manakala adiknya Muhammad Nur Ikhwan meneruskan kecemerlangan dengan mdapat nombor 1 di sekolah agama & 6A di sekolah kbangsaan.

Syukur alhamdulillah, kami dikurniakan dengan anak-anak yg cemerlang di dalam pelajaran, baik akhlak, mdengar kata (walaupun kadangkala agak liat utk melakukan apa yg disuruh) & taat mengerjakan solat walaupun kami terlalu sederhana dari segi wang ringgit & harta (aku cuma pakai kapcai yg sudah 12 tahun usianya & tiara buruk yg selalu sakit). tapi ALLAH Maha Adil, kurang disini tapi ditambah disana. Thank You Allah.

Wednesday, November 18, 2009

sekadar renungan

sekali sekala pabila ketenangan menjenguk minda, fikir-fikirkanlah untuk apa kehidupan ini sebenarnya .......... fikirkanlah!

Friday, November 13, 2009

SEARCH

hei u guys. wazzz up? boring? watch this from the legend Search, my favourite band since my student days. actually i went 2 this concert with 2 free tickets by winning a Search contest organized by The Malay Mail (i wonder why it is called Malay Mail as everything is written in English). ok guys, enjoy the clip & your weekend too.


Kehebatan anak Melayu!!!

Look Who's Talking!!!

Monday, November 9, 2009

TAHNIAH N9!

Aku sebenarnya tak berapa minat dengan bolasepak msia sejak dua menjak ni. bagi aku bolasepak msia telah hilang 'kenikmatannya'; dh tak glamour mcm dulu. Mutu permainan yang menurun membuatkan aku semakin jauh utk mengikuti pkembangan sukan paling popular di dunia ini. Aku yg pernah kaki bola, gila bola, makan bola, tidur bola sejak zaman persekolahan dulu dh hilang stim. Sejak ada ASTRO (sekarang dh potong channel sukan sbg tanda PROTES akibat kenaikan melampau sehingga RM12+) aku dh biasa tengok game bolasepak luar negara terutama Liga England (BPL). Memang jauh berbeza dengan game kat sini yg kadang2 mcm budak2 sekolah main.

Aku rasa kemeriahan Liga M bukan saja hilang kerana mutu permainan tetapi juga akibat ketiadaan pemain impot yg berkualiti; tidak seperti zaman Semi pro dulu yang meriah dengan kehadiran pemain impot dari benua Eropah seperti Eric Amsler, Zoran Nikolic, John Hunter, Tony Roberts, Pavel Korecij, Karel Stromsik dan ramai lagi yang ada di antara mereka pernah bermain dengan kelab-kelab terkenal Eropah dan negara dalam piala Dunia & Eropah.

Begitu juga dengan pemain dari benua Afrika seperti Odigun, Emile Mbouh Mbouh, Merzagua Abd Razzaq yang bertaraf antarabangsa; dari korea seperti Jang Jung & Asia Tenggara seperti Aung Naing, Piyapong Pue On, Kyi Lwin, Fandi ahmad, V Sundram Moorthy, Malek Awab; dari Australia seperti Mehmet Durokovic, Robert Dunn, Abbas Saad, Alistair Edwards berganding bahu dengan pemain tempatan yang juga hebat seperti Azizul Abu Hanifah, Mohd Nizam Adzha, K Ravindran, Zainal Abidin Hasan, Matlan Marjan & ramai lagi sehingga turut menarik minat jurulatih dari luar negara untuk mencuba nasib dengan pasukan-pasukan Negeri di Malaysia.

Aku masih teringat sewaktu menonton di stadium penuh dengan penonton walaupun dalam permainan biasa kerana tarikan pemain & jurulatin impot serta permainan yang menghiburkan terutama sekiranya melibatkan pasukan Selangor, Perak, Kedah, Pahang & Singapura. Kadangkala kita pasti akan terserempak dengan muka-muka mat Saleh yang turut enjoy dengan pertandingan bolasepak tempatan. aku teringat sewaktu final Piala FA diantar Perak & Selangor, aku nampak 1 couple Mat Saleh, yg perempuan dress Perak Fan & yg lelaki dress Selangor Fan. itu tak termasuk penyokong2 fanatik tempatan yang make over dengan macam-macam gaya. Betul2 meriah.

Tapi kemeriahan itu aku rasa dah hampir pupus. Stadium makin kosong; kalau penuh pun masa final, itu pun tak melimpah keluar sampai ada yang terpaksa tengok bola di skrin luar stadium. Masa final Piala Malaysia yang lalu, masih banyak ruang kosong terutama di hujung stadium.Ya la, dalam keadaan gawat sekarang, mengeluarkan RM10-RM20 utk tiket paling murah hanya sekadar utk menonton bolasepak yang belum tentu menghiburkan. Lebih baik duit itu digunakan untuk belanja persekolahan anak2 atau pun masuk tabung / akaun bank.

Dlm final yang lepas, aku sebenarnya taklah ghairah sangat nak tengok. cuma kerana N9 & Kelantan dah lama tak masuk final, aku paksakan diri untuk menonton di TV lebih2 lagi ia melibatkan sebuah pasukan dari Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. (siapa kata politik tak bcampur dengan sukan). Setelah Selangor berjaya menggenggam 3 piala musim ini, jadi aku berharap Piala Malaysia akan turut berhijrah ke Kelantan. Tapi bila permainan dah bermula, sokongan aku terhadap Kelantan mula menurun sedikit demi sedikit & seterusnya GONE bila melihat perangai buruk penyokong Kelantan. macam Sakai. belum apa2 dah baling mercun, botol air & segala macam objek ke padang. apa punya perangai? setakat boo, maki refree & sorak2 tu biasal tapi kalau dah sampai bakar kerusi, apa cerrr....Entahlah, tak taula bila perangai orang msia ni nak matang? baik dalam politik ataupun sukan, takda banyak perubahan sejak dari dulu lagi. Asyik nak bergaduh je..

Pada N9, tahniah sekali lagi. Tak sia-sia aku dilahirkan di Seremban & duduk di Sikamat suatu ketika dulu. Pada Kelantan, cuba lagi tahun depan & pada Perak, sampai bila nak kejor Yob. Ok Majulah Sukan Untuk Negara.

Untuk peminat2 bolasepak khususnya orang N9, lagu ini ditujukan khas untuk kalian. Hobin Jang Hobin!!!


Monday, November 2, 2009

Ubah Selera

Ok, hari ni kita jangan cakap pasal politik. walaupun politik Msia dari sehari ke sehari bertambah PANAS. tapi bagi aku utk seketika biarlah kita berehat dari memikirkan tentang hal ehwal politik. So nk cakap pasal apa.... entah aku pun tak tau. kita layan ajelah klip video di bawah. moga terhibur. arios!!!!

Alif Mim Nun Wau = Sarkis!!!

Layan Jap!