Thursday, November 19, 2009

Tahniah Anak-anakku!

TAHNIAH kpd anak sulungku, Muhammad Nur Iman kerana mdapat 4A 1B dlm UPSR yg diumumkan pagi tadi. Mcm tak percaya apabila namanya dipanggil utk menerima slip keputusan & hadiah tunai RM80 dari PIBG. Really unexpected sb trial cuma 2A je. Berdasarkan keputusan2 peperiksaannya sebelum ini aku sebenarnya tidak menaruh harapan besar utk dia mcapai keputusan cemerlang dlm UPSR. Di dalam kelas B dari darjah 2 sehingga darjah 6 & sering mendapat keputusan no 15 keatas dlm peperiksaan setengah tahun & akhir tahun , tiada apa yg dpt diharapkan tapi berkat kesungguhan belajar & doa mamanya barangkali dia berjaya memecahkan keraguan ku terhadapnya selama ini. Di dalam PSRA pula dia dapat jayyid Jiddan.
Manakala adiknya Muhammad Nur Ikhwan meneruskan kecemerlangan dengan mdapat nombor 1 di sekolah agama & 6A di sekolah kbangsaan.

Syukur alhamdulillah, kami dikurniakan dengan anak-anak yg cemerlang di dalam pelajaran, baik akhlak, mdengar kata (walaupun kadangkala agak liat utk melakukan apa yg disuruh) & taat mengerjakan solat walaupun kami terlalu sederhana dari segi wang ringgit & harta (aku cuma pakai kapcai yg sudah 12 tahun usianya & tiara buruk yg selalu sakit). tapi ALLAH Maha Adil, kurang disini tapi ditambah disana. Thank You Allah.

Wednesday, November 18, 2009

sekadar renungan

sekali sekala pabila ketenangan menjenguk minda, fikir-fikirkanlah untuk apa kehidupan ini sebenarnya .......... fikirkanlah!

Friday, November 13, 2009

SEARCH

hei u guys. wazzz up? boring? watch this from the legend Search, my favourite band since my student days. actually i went 2 this concert with 2 free tickets by winning a Search contest organized by The Malay Mail (i wonder why it is called Malay Mail as everything is written in English). ok guys, enjoy the clip & your weekend too.


Kehebatan anak Melayu!!!

Look Who's Talking!!!

Monday, November 9, 2009

TAHNIAH N9!

Aku sebenarnya tak berapa minat dengan bolasepak msia sejak dua menjak ni. bagi aku bolasepak msia telah hilang 'kenikmatannya'; dh tak glamour mcm dulu. Mutu permainan yang menurun membuatkan aku semakin jauh utk mengikuti pkembangan sukan paling popular di dunia ini. Aku yg pernah kaki bola, gila bola, makan bola, tidur bola sejak zaman persekolahan dulu dh hilang stim. Sejak ada ASTRO (sekarang dh potong channel sukan sbg tanda PROTES akibat kenaikan melampau sehingga RM12+) aku dh biasa tengok game bolasepak luar negara terutama Liga England (BPL). Memang jauh berbeza dengan game kat sini yg kadang2 mcm budak2 sekolah main.

Aku rasa kemeriahan Liga M bukan saja hilang kerana mutu permainan tetapi juga akibat ketiadaan pemain impot yg berkualiti; tidak seperti zaman Semi pro dulu yang meriah dengan kehadiran pemain impot dari benua Eropah seperti Eric Amsler, Zoran Nikolic, John Hunter, Tony Roberts, Pavel Korecij, Karel Stromsik dan ramai lagi yang ada di antara mereka pernah bermain dengan kelab-kelab terkenal Eropah dan negara dalam piala Dunia & Eropah.

Begitu juga dengan pemain dari benua Afrika seperti Odigun, Emile Mbouh Mbouh, Merzagua Abd Razzaq yang bertaraf antarabangsa; dari korea seperti Jang Jung & Asia Tenggara seperti Aung Naing, Piyapong Pue On, Kyi Lwin, Fandi ahmad, V Sundram Moorthy, Malek Awab; dari Australia seperti Mehmet Durokovic, Robert Dunn, Abbas Saad, Alistair Edwards berganding bahu dengan pemain tempatan yang juga hebat seperti Azizul Abu Hanifah, Mohd Nizam Adzha, K Ravindran, Zainal Abidin Hasan, Matlan Marjan & ramai lagi sehingga turut menarik minat jurulatih dari luar negara untuk mencuba nasib dengan pasukan-pasukan Negeri di Malaysia.

Aku masih teringat sewaktu menonton di stadium penuh dengan penonton walaupun dalam permainan biasa kerana tarikan pemain & jurulatin impot serta permainan yang menghiburkan terutama sekiranya melibatkan pasukan Selangor, Perak, Kedah, Pahang & Singapura. Kadangkala kita pasti akan terserempak dengan muka-muka mat Saleh yang turut enjoy dengan pertandingan bolasepak tempatan. aku teringat sewaktu final Piala FA diantar Perak & Selangor, aku nampak 1 couple Mat Saleh, yg perempuan dress Perak Fan & yg lelaki dress Selangor Fan. itu tak termasuk penyokong2 fanatik tempatan yang make over dengan macam-macam gaya. Betul2 meriah.

Tapi kemeriahan itu aku rasa dah hampir pupus. Stadium makin kosong; kalau penuh pun masa final, itu pun tak melimpah keluar sampai ada yang terpaksa tengok bola di skrin luar stadium. Masa final Piala Malaysia yang lalu, masih banyak ruang kosong terutama di hujung stadium.Ya la, dalam keadaan gawat sekarang, mengeluarkan RM10-RM20 utk tiket paling murah hanya sekadar utk menonton bolasepak yang belum tentu menghiburkan. Lebih baik duit itu digunakan untuk belanja persekolahan anak2 atau pun masuk tabung / akaun bank.

Dlm final yang lepas, aku sebenarnya taklah ghairah sangat nak tengok. cuma kerana N9 & Kelantan dah lama tak masuk final, aku paksakan diri untuk menonton di TV lebih2 lagi ia melibatkan sebuah pasukan dari Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. (siapa kata politik tak bcampur dengan sukan). Setelah Selangor berjaya menggenggam 3 piala musim ini, jadi aku berharap Piala Malaysia akan turut berhijrah ke Kelantan. Tapi bila permainan dah bermula, sokongan aku terhadap Kelantan mula menurun sedikit demi sedikit & seterusnya GONE bila melihat perangai buruk penyokong Kelantan. macam Sakai. belum apa2 dah baling mercun, botol air & segala macam objek ke padang. apa punya perangai? setakat boo, maki refree & sorak2 tu biasal tapi kalau dah sampai bakar kerusi, apa cerrr....Entahlah, tak taula bila perangai orang msia ni nak matang? baik dalam politik ataupun sukan, takda banyak perubahan sejak dari dulu lagi. Asyik nak bergaduh je..

Pada N9, tahniah sekali lagi. Tak sia-sia aku dilahirkan di Seremban & duduk di Sikamat suatu ketika dulu. Pada Kelantan, cuba lagi tahun depan & pada Perak, sampai bila nak kejor Yob. Ok Majulah Sukan Untuk Negara.

Untuk peminat2 bolasepak khususnya orang N9, lagu ini ditujukan khas untuk kalian. Hobin Jang Hobin!!!


Monday, November 2, 2009

Ubah Selera

Ok, hari ni kita jangan cakap pasal politik. walaupun politik Msia dari sehari ke sehari bertambah PANAS. tapi bagi aku utk seketika biarlah kita berehat dari memikirkan tentang hal ehwal politik. So nk cakap pasal apa.... entah aku pun tak tau. kita layan ajelah klip video di bawah. moga terhibur. arios!!!!

Alif Mim Nun Wau = Sarkis!!!

Layan Jap!

Thursday, October 29, 2009

Whattttt???? Jefrey Kitingan.......!

Swaktu aku bertandang ke rumah Zul mlm semalam utk menyerahkan quotation insuran PA, kami sempat bersembang pasal politik. member aku ni ahli PKR, kira org lama jugakla; jadi ahli sjak reformasi & skrang ni AJK Ranting kaw kami. Terperanjat bila dia bagitau Jefrey Kitingan keluar parti. "Hah! betul ke? apa dia punya statement?" aku tanya. dia jwb "takde statement.Christina Liew pn letak jwtn". hah sudah, aku tak puas hati cadang nk balik rumah tengok berita. singgah dulu rumah Roslan, ambil cek utk pbayaran insuran kedua kenderaannya. (klu kawan tk tolong kawan, sapa lagi ye tak? he..he..he..)

di rumah, aku klik channel Bernama TV. cuma ada flash news psal Jefrey & Christina. OooH! tak keluar, cuma letak jawatan. lega sikit. tapi apsal? jefrey ni bukan kecik anak, antara tokoh politik besar di Sabah. walaupun join PKR lpas DSAI keluar pnjara, skitar 2005 tapi pengikutnya ramai; tk kurang 18 ribu org yg mengikutnya masuk PKR dlm 1 mjlis besar2an. klau dia betul keluar, aku rasa hsrat PKR nk TAWAN Sabah baik dilupakan saja. wlupun PKR gagal menang sbrang kerusi dlm PRU yg lalu tapi kkuatan dh ada dgn kehadiran Dr Jefrey. ditambah lagi dgn kmasukan bbrapa org tokoh lain spt Datuk Kong Hong Ming, Datuk Hasbullah, Dr amir Hamzah & Datuk John Ghani, aku rasa PKR akan btambah kukuh & mampu mnarik sokongan rakyat Sabah dlm PRU 13.

Christina Liew pula dh msuk PKR sjak zaman reformasi lagi. dan dia adalah satu2nya bekas tokoh besar MCA yg masuk PKR masa tu. sbelum tu dia prnah mjwat jwtn Ketua Wanita MCA Sabah. sorg komited & mpunyai daya tahan walupun tk pernah mmenangi sbrg krusi dlm praya. Ketiadaannya dlm barisan pimpinan merencatkan pgerakan PKR. aku difahamkan jawatannya sbg Timbalan PPN diganti tanpa pengetahuannya saktu dia berada di Austria. Mcmna ni Presiden? klau tak nk lagi pun, at least bagitaula dia. teringat aku swaktu kena pecat sbg SU Bhgn slpas 8.3.08. tau2je dpt sms ttg satu program kesyukuran "bla,bla,bla ...dari SU Bhg". "Ait! masa bila pulak aku kena pecat?" tanya ku dlm hati. Gitula, masa time kalah, time takda org, semua cari kita tapi bila dh menang, cari org lain (dibaca: kroni). tapi aku tk kisah sgt. bukan ada gaji pun; stakat pengorbanan utk satu pjuangan.

berbalik pd isu di atas, memang agak menggusarkan hati ahli2 lebih yg hardcore mcm aku ni. ye la, kita dibawah ni teruk2 buat keja & program utk menarik sokongan rakyat, yg atas buat hal plak. sbelum ni kecoh khabar angin pasal Zaid Ibrahim (rupanya dia ni sedara aku tapi jauhla) & SU Agung, Dato Salehudin Hashim letak jwtn tapi mujurla mereka cepat2 menafikan.


Emmm.... apala nk jadi dgn parti aku ni. kdg2 tfikir jugak nk keluar PKR & masuk PAS. tapi tk sampai hati pulak tengok kwn2 reformis yg sama2 bsusah payah menggerak parti. lagi pun keADILan adalah parti yg bnyak yg mengajar erti PERJUANGAN & PENGORBANAN. walaupun dlm serba kekurangan & penindasan aku masih dpt bertahan sekalipun ramai pmimpin2 yg hebat & aku kagumi telah meninggalkan parti spt Ezam, Ruslan Kasim dll. tapi itula namanya PERJUANGAN; penuh onak & duri yg mjadi ujian. No Pain No Gain! tapi sebenarnya aku tk GAIN apa2 pun semenjak menang ni. Selain dari kena pecat tanpa sebarang alasan, aku jugak kena santau. bukan aku saja tapi Radzali Mokhtar, Naib Ketua Cabang & Nashrudin, bekas calon DUN N07 turut disantau. tak taula sapa punya keja. aku pulangkan saja pd ALLAH saja utk membalasnya. dgn kata lain aku tak rugi apa2 pun klu keluar parti malah beban & tanggungjawab sbg ahli parti terangkat sekiranya aku keluar. tapi spt yg aku cakap, 'TAK SAMPAI HATI!'

Pd pmimpin pusat, u know what is good for the party. i just hope what ever decision made, is BEST for the party & rakyat. Re4maC!!!!




Friday, October 23, 2009

GEMPAR : NIK AZIZ says....

tgh aku layan FB tadi aku tjumpa psal isu ini tperanjat jgak aku bila baca. biar betul, kataku dlm hati. utk mmuaskan hati aku pun klik sumber dari blog TGNA utk kpastian. dan inilah kenyataannya spt di bawah....

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?


Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.



Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:


“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.


ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:


“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)


iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:


“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”


“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”



“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”





“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya   beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”


“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. “Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?


Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Wednesday, October 14, 2009

SATU PENGAJARAN!

PRK Bagan Pinang sudah berlalu. kputusannya pun sudah diketahui. PAS / PR kalah teruk dgn mjoriti yg lbih besar. malah bukan saja undi pos yg diperolehi merosot; dari 1000 lbih turun kpd 600 lebih saja ttpi kalah di 3 UPU yg sebelum ini di mnangi masa PRU 12 iaitu Ladang Atherthon, Sua Betong & Siliau. Undi kaum Cina & India juga merosot shingga KALAH di semua UPU.

aku fikir elok jugak sekali sekali PR kalah supaya pmimpin, ahli & penyokong dpt muhasabah diri. cuba kita imbas kembali dlm tempoh stahun setelah PR kuasai 5 negeri slps PRU 12. kita lihat di peringkat nasional, pmimpin2 kanan parti sering bertelagah baik ssama parti @ pn ssama komponen parti PR dlm isu2 yg sstngahnya remeh temeh scara tbuka. boleh berlainan pendapat tapi janganlah spt bgaduh dgn musuh (dbaca BN) di media2 yg smmangnya mcari peluang utk mburuk2kan krjaan PR pd rakyat spt yg tjadi di Kedah & Selangor. tdak bolehkah berunding scara tertutup dlm msyuarat2 parti, PR & kjaan negeri tanpa mdedahkan kpd media? tuan2 & YB2 smua bukannya budak kecil yg harus ditunjuk ajar bagaimana nak selesaikan masalah. duduk, bincang & selesaikan scara behemah & berlapang dada. dan paling penting harus brani mnerima kritikan & teguran serta sedia mngaku ksilapan.



bgitu dgn pmimpin2 prkt bawahan. aku skrg ni meluat tengok ppcahan yg blaku dlm parti khususnya prkt bahagian & cawangan. ketua & timbalan bersengketa, aktivis & reformis yg mula dipinggirkan slpas PRU 12, sikap ahli2 yg berlagak mnunjuk kuasa(sblum ni payah nk tengok muka), pmimpin2 yg mula sibuk mngejar projek, budaya kronisma yg mula bjangkit yg semua ini akhirnya akan merosakkan parti.

INGAT! Rakyat sedang mmerhatikan kita. sekiranya kita masih lagi asyik lena dibuai dgn kuasa, pangkat & jawatan tanpa menunaikan amanah & janji, tak mustahil Rakyat akan mhukum kita dlm PRU 13 nanti.

pd tman2 yang baharu mjadi ahli mana parti2 Pakatan Rakyat khusunya PKR, masuklah parti di atas prinsip mbawa Agenda Perubahan; bukan utk mjadi kaya & kuasa bagi kpentingan sendiri. AWAS! Sekiranya itu yg kamu kejari, kamu adalah OPPORTUNIS yg bakal jadi SAMBAL TUMIS!!! Re4Mac!

Monday, October 12, 2009

Kerenah Birokrasi

tlebih dahulu aku mminta maaf kerana hmpir sminggu aku tk update blog. ksibukan dgn kerja & urusan harian mnyukarkan aku mngemaskini blog. lagipun rumah aku tkde internet, tpksa buat kt ofis aku (ofis sndirila)! Sbnarnya salah satu dri 10 pkara yg pling aku BENCI ialah berurusan dgn jbtan krajaan. pngalaman yg lpas2 mbuatkan aku klu boleh tk mahu langsung berurusan dgn mrka. Arahan yg bcelaru, kaunter yg slalu berubah2, layanan tanpa mesra planggan & mcm2 lagi bolh buat kita NAIK DARAH.

Slasa lpas aku ke JPJ WP utk mnguruskan pbahruan rtax planggan aku. sblum itu ada masalah sb planggan aku ni  ada lbh kurang 24 saman yg msih belum dijelaskan. tahu ada saman pun bila aku nk rnew rtax knderaan dia (1 kreta, 1 Pajero & 1 motosikal, loaded beb) di Pej Pos.aku minta istrinya (dia dh terbang ke Algeria) settlekan saman2 itu dulu. nk jadi crita, sistem polis pulak down. rupanya dh hmpir sminggu. cek dgn IPD, mrka sendiri tk pasti bila sistem ok. tpaksa aku cancel covernote2 smntara mnanti sistem ok.





Akhirnya hmpir sminggu baharu aku dimaklumkn olh kwn aku yg bkerja di bhg trafik IPD KKB bhwa sistem dh ok. aku pun rnew di pej pos Serendah. alhamdulillah dua lpas ttpi Pajero plak sangkut sb geran dh penuh (sbnarnya ada ruangan kosong lagi utk dicetak) & minta aku ke JPJ utk mnukar geran baru & buat rtax disana.


 Disbabkan tiada pilihan, aku trus shoot ke JPJ Wangsa Maju. disinilah pnyiksaan aku bmula. mula2 aku ke Pintu 1. di kaunter ptanyaan, aku maklumkan masalah aku. trus staf disitu arahkan aku ke pintu 6 di tkt atas utk urusan pbaharuan & pnukaran geran. Smpai d kaunter, staf (yg sdg asyik baca suratkhabar) beri aku skping borang utk diisi (sb aku bukan pmilik) & minta aku kpilkan skeping salinan IC. lps isi & fotostat di kdai bhampiran, aku kmbali ke kaunter Pintu 6 utk dptkan no giliran. org tak la ramai ktika itu. aku pun tunggu & kira2 10 minit no aku dipanggil olh Kaunter 13. aku pn serahkan (dgn muka pnuh pharapan) pd minah tu. dia pun tanya "encik ni owner ke?" aku jwb "tak! aku agen insuran. knapa?'. "oh, klu agen kna pegi Pintu 7, sblah blakang sb situ tmpat agen." dlm hati aku 'apa masalahnya owner dgn agen, borang dh diisi, ic dh fotostat, dokumen dh lengkap, rnew ajela apa bezanya. takkan color rtax lain2 kut'. nk je aku ckap mcm tu tpi aku masih boleh cool & dgn nada yg lembut (akhlak kena jaga bro!) aku mngucapkan tkasih kpd awek kaunter tu.

disebabkan aku masa jadi salesman Hyundai dulu (5 tahun) slalu berurusan  dgn JPJ jadi tak jadi masalah  aku cari pintu 7. smpai kaunter aku tunjukkan dokumen yg aku bawa utk dptkan nombor. tahu apa mamat kaunter cakap? " yg ni encik kena pegi Pintu 1, tkt bawah". masa nila darah aku mula mdidih. "tadi staf tu kata suruh saya ke sini, apsal kena pegi Pintu 1 pulak" tanya aku balik. "tak, tak, Pintu 1 ni" jwb pakcik tu balik. emm, aku malas nak bising2, terus ke tkt bwh. nak aje aku singgah ke Kaunter 13 tadi, maki dia secukup rasa. tapi Tuhan anugerahkan sifat SABAR yg cukup tinggi, tk jadi aku ke tmpat awek tu.

Sampai kaunter Pintu 1 (tmpat awal2 aku sampai), aku diberi no olh staf (apsalla kwn sblah kau suruh aku ke Pintu 6 tadi). tunggu punya tunggu, no aku dipanggil olh kaunter 12. masa staf tu belek2 dokumen, dia tanya aku 2-3 soalan. masa tu aku dh nekad, klu dia suruh aku ke pintu lain lagi, mmg aku akan mngamuk kow2 tapi alhamdullillah dia pn keluarkan rtax & serahkan aku bsama geran. aku ingat dia nk print kt geran baru (yg mjadi masalah di pej pos sblumnya) tpi rupanya dia print pbaharuan tu kt blakang geran lama lagi. aku tanya dia balik "apsal tk tukar geran baru?" dia jwb "encik pegi kaunter 9 utk tukar geran'. Pulak dah! aku pun ke kaunter 9 bdiri sblah planggan yg sdg berurusan masa tu. slesai je dia, aku pn beri geran lama bsrt rtax & dia pun trus tukar geran baru & printkan butir2nya tnpa bnyak crita (ini msti org lama nih).

Ksimpulannya masih bnyak yg perlu diperbaiki ttg sistem pnyampaian jbtn krjaan lbh2 lagi yg mlibatkan urusan dgn orgramai. aku tk dpt bayangkan mcamna org kg lbh2 lagi org tua skiranya mrka ditendang ke sana ke sini mcm aku. baru betul jadi bola. aku teringat crita mak aku ttg arwah datukku (aku panggil apak) yg maki sorg staf di Pej Tanah di Ipoh yg suruh dia ke tkt lain utk btanyakan ssuatu hal bsangkut dgn urusan pnukaran hakmilik geran krana staf itu sndiri tk pasti ttg jwpn bagi ptanyaan apak. "apa gune talipaun tu klau tak reti gune, talipaun aje le org tu, tanyakan. aku ni org tue, mana laghat turun naik turun naik tangga" bentak apak dlm loghat Peghak. ha! baru kome tau.

gitula, tak taula bila nk berubah. dh dkt 20 thun aku berurusan dgn jbtn kerajaan tapi msih tk byk berubah. nk kena tukar kjaaan agaknya, baru dia org nak berubah. Emmm.....! Bila la agaknya ya?



Raya Open House

Semalam & Sabtu, aku agak sibuk dgn jmputan rumah tbuka di sana sini. Sabtu sblh petang di rumah tbuka Ghani di jln 10 ttpi tak sempat ke rumah idrus di jln 7. sblah mlmnya plak sepatutnya aku ke rumah Suhaimi d jln 3B & kenduri di rumah wak zali di jln 10F slps isyak ttpi kluarga istriku dtg bziarah ditambah pula dgn perutku yg mragam mhalang aku ke rumah mrka.

Ahad, pagi bgotong royong mbuat psiapan tmpat  utk Mjls Rumah Tbuka Komuniti 910 pd 17hb nanti. tgharinya pula aku mdpt jmputan ke mjlis rmah tbuka anjuran Masjid Sg Choh & kenduri tahlis di rumah Mak itam di jln 6E ttpi kedua2nya aku tk pegi sbaliknya terus ke Kalumpang di mjls Aidilfitri anjuran P094 bsama Kasim, Timbalan Ketua Cbg PKR HS. disana smpat bjumpa pimpinan AMK, sbhgn pimpinan Cbg HS, pimpinan PR  DUN Hulu Bernam & KKB, juga sekretariat P094. tksih tk thingga kpd Penganjur khususnya abd Mustapha Kamal, Abg Aris & Mr Poh di atas layanan yg diberikan. ingatkan dpt juga YB Dato Zainal ttpi difahamkn beliau masih kurang sihat & sdn mjalani fisioterafi. DSAI pula ada di Kg Ulu slim, Tg Malim ttpi tk dpt singgah di Kalumpang.

Sebelah mlmnya pula slps isyak aku mhadiri mjlis anjuran KRT DM & kmudian ke mjls anjuran Surau Tmn Idaman. akhirnya disini baru aku bjumpa satay yg mjadi kgemaran aku. Tksih kpg Ust Fitri & abg Ali SB di atas layanan khas yg diterima. rasa mcm VIP plak. juga tk lupa kpd Brader Bob, Dr Jamaludin, Hadis & Wak Zali yg btungkus lumus mlakukan psiapan mjlis anjuran KRT.

Tahniah utk semua!!!

Monday, October 5, 2009

Ahli Parlimen P094

Aku baru mendapat tahu dari Naib Ketua Cabang PKR HS, Hj Radzali Mokhtar bahawa punca Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad jarang turun kawasan kerana penyakit tumor yg dihidapinya dulu kembali menyerang lagi. beliau mmg jarang kelihatan sejak kembali dari menunaikan umrah sebelum Ramadhan malah banyak acara yg penganjur jemput hanya diwakili oleh PAnya saja Sdr Mustapha Kamal. Aku sendiri sejak meletakkan jwtn sbg SU AMK HS tahun lepas jarang terlibat lagi dgn aktiviti & tidak mdpt bnyk maklumat ttg PKR HS


Swaktu ptmuan di antara AMK HS & Ahli Parlimen HS pd thn 2008

Sememangnya ia satu kerugian sekiranya YB tidak dpt berkhidmat di Parlimen Hulu Selangor berdasarkan pengalamannya (beliau adalah bekas Timbalan MB Selangor) dan kepakaran yg ada padanya terutama dari segi pendidikan dan sosial. Beliau juga diharapkan utk memulihkan kembali Cabang HS yg sdg bergolak akibat konflik kepimpinan

YB, kami doakan supaya Datuk segera sembuh utk meneruskan perjuangan.

Friday, October 2, 2009

jom sokong umno

Hakikatnya perjuangan UMNO dan mengundi untuk UMNO adalah satu perkara yang sangat mulia dan terpuji. Kalau tidak diundi pemimpin-pemimpin dan calon UMNO, siapa lagi yang kita boleh harap untuk menghabiskan wang rakyat dan menjahanamkan kekayaan negara.


Oleh sebab itu marilah sama-sama kita mengundi UMNO dan Barisan Nasional kerana kita harus memastikan pemimpin-pemimpin UMNO diberikan sepenuh-penuh peluang untuk menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan pribadi dan family sendiri.

Kenapa la bodoh sangat orang-orang yang sokong Pakatan Rakyat ni. Tak sedarkah yang kita rakyat biasa ni hanya layak bertaraf kerbau.Pemimpin-pemimpin dan anak beranak mereka tu kucing.

Kerbau yang digunakan untuk membajak sawah. Apabila kerbau didapati makan padi, tuan kerbau akan bantai kerbau sampai luka-luka. Kerbau yang bergelumang dengan selut, dengan pacat di bawah terik matahari kerja membanting tulang menarik bajakk. Kucing cuma duduk dalam rumah. Terlindung dari matahar dan hujan. Penghabisan sekali, bila padi dituai, kucing atas rumah yang makan nasi dulu. Kerbau macam kita ni tak boleh komplen pun. Nanti kena sebat.

Saksikan sendiri jasa pemimpin UMNO menghabiskan wang rakyat dengan pergi ke Disneyland bersama keluarga mereka pakai wang rakyat RM1.6juta.

1.0 Inkuiri Awam Khir Toyo Belanja RM1.6 juta Untuk Ke Disneyland




Thursday, October 1, 2009

semoga cepat sembuh

pagi ni aku dapat sms dari pakcik aku @ ayahchu (blogger atsixty) memaklumkan bahawa mak long ku di ipoh kena stroke & sekarang berada di Hospital Pantai Puteri, Ipoh. baru 2 minggu lepas beraya di rumahnya di desa perwira. beliau kelihatan sihat walaupun tak banyak bercakap. ku doakan beliau cepat sembuh. amin!


Lembu dapat kandang baru / lokasi baru

SHAH ALAM, 30 Sept: Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor hari ini mengenalpasti tapak seluas 100 ekar di Hulu Selangor untuk dijadikan tapak penternakan untuk penternak di Kampung Sungai Kertas yang tertimbus lembu mereka baru-baru ini. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kedua-dua penternak Kampung Sungai Kertas berkenaan akan dipindahkan ke kawasan tersebut untuk sementara waktu. Bagaimanapun, mereka boleh membuat permohonan untuk menyewa tapak berkenaan secara tetap. Tanah seluas 100 ekar ini juga boleh disewakan kepada penternak Selangor lain yang berminat.

Baru-baru ini, 70 penternak lembu berhimpun di perkarangan bangunan SUK Selangor dengan membawa sekali lembu mereka bagi menuntut bantuan kerajaan negeri ekoran dari lapan lembu mereka tertimbus oleh timbunan sampah yang runtuh.





Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah diberi penerangan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah Gombak berhubung runtuhan tapak pelupusan haram diKampung Sungai kertas, Gombak pada 23 September 2009 serta kerosakan kepada dua ladang ternakan yang berdekatan.
EXCO juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan seluas 20 ekar itu telah beroperasi lebih dari lima tahun.
Kawasan tersebut telah diisytihar sebagai �kawasan bencana� semenjak 4 September 2009 dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki. MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan dalam usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini.

EXCO juga telah dimaklumkan bahawa pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A (Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat) dibawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut. Oleh kerana tiada tindakan yang dibuat sehingga sekarang, EXCO pada hari ini telah mengarahkan pegawai daerah mengemukakan Borang 8A (Notis Pengembalian Tanah Kepada Kerajaan) dibawah seksyen 130 Kanun Tanah Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan. Setelah usaha rampasan telah selesai, MPS telah diarahkan untuk memantau dan membersihkan kawasan tersebut serta mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha pemuliharaan kawasan tersebut.

Berkenaan dua penternak yang terlibat, EXCO juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan yang dijalankan adalah tidak sah. Kerajaan juga percaya aktiviti penternakan tidak sesuai untuk dijalankan lagi dikawasan tersebut oleh kerana pencemaran yang telah berlaku, kata Khalid._

Tuesday, September 29, 2009

PRK BAGAN PINANG


kami pun nak Datok Isa, senang sikit nak menang. he..he..he..

Walau pun orang Bagan Pinang tak terkejut dengan terpilih Isa Samad sebagai calon BN untuk PRK nanti, tapi orang luar amat terkejut kerana semua orang dah tahu Isa terlibat dengan rasuah semasa pemilihan parti dahulu. Nampaknya kerajaan Najib hanya berpura-pura dalam usaha memerangi gejala rasuah ini.
Harap pengundi di Bagan Pinang bersifat matang, rasional, berprinsip dan yang penting jika mengaku Islam; INSAFla, jika anda pilih juga pemimpin macam Isa, anda bersubahat sama dengan dosa-dosa rasuahnya!
Pada Pengundi Pos @ Tentera, fikir2la sebelum memangkah. INGAT! undi anda akan dipersoalkan di padang mahsyar kelak. Takutlah pada ALLAH kerana DIA, kita masih hidup bernafas & mnikmati rezeki & segala keseronokan; bukannya takut pd Manusia yg berlagak sebagai TUHAN; konon diala yg mberi rezeki (kerja, gaji, elaun, kuarters dll) sedangkan semua itu adalah NIKMAT dari ALLAH s.w.t

Monday, September 28, 2009

my beloved mak & opah


the GOLDEN GIRLS of PENGKALAN PEGOH

ziarah beraya

semalam adalah hari berziarah ke rumah kaum kerabat bermula dari tengahari pergi ke rumah abe Pie memenuhi jemputan walimatul urus, kmudian ke rumah kutak di sek 7 shah alam, rumah anti nona di sek 6, rumah DSP Mansor jiran lama swaktu di ipoh di kuarters polis di kelana jaya, solat maghrib di masjid negeri, ke rumah ayahyang di sek 8 & akhir skali di rumah usu di sek 7. mmg memenatkan tapi seronok kerana dpt berjumpa sanak saudara yg jarang sekali dpt bersua muka. cuma rumah mama tak sempat ziarah kerana mama dh pergi ke Kaherah pagi sebelumnya.

kpd semua yg sempat diziarahi, tkasih di atas layanan yg diberi & kpd yg tak sempat especially all my cousins who stay around shah alam, forvige us; maaf zahir batin. insyaALLAH lain masa kita berjumpa.


braya di rumah pak Long di desa perwira, ipoh pd 2 Syawal


mak, mak long & makcik limah pd 3 Syawal di rumah acik

Tuesday, September 22, 2009

my kids




selamat balik kg

kpd semua yg balik kg, & jalan berziarah, hati2 bila memandu. baca basmalah & doa sebelum memulakan perjalanan; kalau mengantuk, cari R & R & tidur dulu. bersama kita mengubah budaya buruk rakyat malaysia semasa di jalanraya. mat salleh cakap "malaysian people r  very nice but their attitude totally change when behind d steereng"


eid mubarak


salam aidilfitri

kepada semua yg mengenali diriku, kupohon ampun & maaf di atas segala kesilapan diriku baik yg tersurat mahupun yg tersirat.