TAHNIAH kpd anak sulungku, Muhammad Nur Iman kerana mdapat 4A 1B dlm UPSR yg diumumkan pagi tadi. Mcm tak percaya apabila namanya dipanggil utk menerima slip keputusan & hadiah tunai RM80 dari PIBG. Really unexpected sb trial cuma 2A je. Berdasarkan keputusan2 peperiksaannya sebelum ini aku sebenarnya tidak menaruh harapan besar utk dia mcapai keputusan cemerlang dlm UPSR. Di dalam kelas B dari darjah 2 sehingga darjah 6 & sering mendapat keputusan no 15 keatas dlm peperiksaan setengah tahun & akhir tahun , tiada apa yg dpt diharapkan tapi berkat kesungguhan belajar & doa mamanya barangkali dia berjaya memecahkan keraguan ku terhadapnya selama ini. Di dalam PSRA pula dia dapat jayyid Jiddan.
Manakala adiknya Muhammad Nur Ikhwan meneruskan kecemerlangan dengan mdapat nombor 1 di sekolah agama & 6A di sekolah kbangsaan.
Syukur alhamdulillah, kami dikurniakan dengan anak-anak yg cemerlang di dalam pelajaran, baik akhlak, mdengar kata (walaupun kadangkala agak liat utk melakukan apa yg disuruh) & taat mengerjakan solat walaupun kami terlalu sederhana dari segi wang ringgit & harta (aku cuma pakai kapcai yg sudah 12 tahun usianya & tiara buruk yg selalu sakit). tapi ALLAH Maha Adil, kurang disini tapi ditambah disana. Thank You Allah.
Pengajaran dakwah Nabi Muhammad di Taif
1 day ago


No comments:
Post a Comment