Saturday, January 9, 2010

HAI!

Lamanya aku tk update blog, lebih 2 minggu. sibuk tk abis2, bila tk sibuk malas pulak nk menulis. ikut mood. tk boleh jadi novelis mcmni walaupun aku mmg minat menulis. masa kt sekolah dulu, karangan aku selalu mdapat markah yg baik & ramai kawan sekelas yg minat mbaca karangan aku. tapi tu crita dulu....

seminggu dua ni sibuk menguruskan hal psekolahan anak2. iman, yg sulung naik ke tingkatan 1. awalnya masuk tingkatan 1A di SMK Serendah tapi Rabu lepas dpt panggilan sebelah petang dari Yayasan Selangor mnawarkan tajaan utk bsekolah di SMK (Bistari) KKB & tinggal di asrama. Khamis, terus ke Yayasan Selangor di PJ, tepi Federal Hiway utk dptkan surat tawaran. Smlam, Jumaat sibuk mbeli barang kperluan & mhantarnya masuk ke asrama. Isnin akn dtg terpaksa pergi smula utk uruskan pdaftaran sekolahnya pula.

Adiknya, Ikhwan naik darjah 4. dia ni ok sikit. cuma perlu beli peralatan & buku tulis & bayar yuran sekolah SK & Agama. Ihsan? Masih baby tengah lasak. Pening kpala aku mlayan karenahnya yg suka 'mengemas'. bnyak barang kena letak tempat tinggi; klu tk, bsepah.

Pniagaan spjg tahun ptama kira ok la. kwn2 yg banyak mbantu. bolehlah nk hidup; nk kaya belum lagi nampaknya. harap masuk tahun kedua ni aku boleh dpt lbih ramai planggan terutama utk produk non motor.

Oh ya, dah masuk tahun baru ni, aku berazam utk lebih mjaga kesihatan. ya lah, dh 41 tahun. masa ni la penyakit mula dtg. kena kontrol beb. kena mula beriadah tapi tak bolehlah mcm masa muda2 dulu. aku dulu sportsman. arwah abah aku panggil aku all rounder. smua sukan aku boleh main tapi favourite aku bolasepak, badminton & trek acara pecut & jarak sederhana. tapi la ni, klu takat bbasikal, ok la. dh lama aku tk tunggang mountain bike yg aku beli 10 tahun dulu. smalam dah beli kasut sukan. bolehlah aku kayuh 2-3 kilometer dgn kasut baru. disamping keluar peluh, bolehlah jugak cari balik stamina yg dh separuh hilang disamping menguatkan otot2 kaki & pinggang.

Bab makan juge kena jaga. stakat ni takde la pnyakit serius yg aku hidapi. klu stakat demam, pening & selsema tu biasala sementelahan pulak aku ada resdung. tk boleh makan benda2 gatal terutama belacan tapi smalam makan sup kambing, alhamdulillah ok.

Aku harap supaya ALLAH mengurniakan rezeki halal yg mlimpah ruah, kesihatan yg baik, anak2 & isteri yg berakhlak mulia & yg lebih penting ilmu akhirat, amal & keimanan yg btambah buat bekalan di akhirat kelak. juga tinggalkan maksiat & bbuat dosa sesama manusia. Smoga ALLAH mberi kekuatan & hidayah.

Amiiiinnn!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment