Monday, January 18, 2010

Isu kalimah ALLAH

HARI ini aku tbaca kenyataan Ust Dato Dr Haron Din ttg hukum bersetuju dgn penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut kristian : KUFUR; & pd hari yg sama aku tbaca kenyataan DSAI dlm blognya bahawa Dr Syeikh Yusuf Al Qardawi berpendapat bahawa tiada masalah sekiranya ada penganut kristian ingin menggunakan kalimah ALLAH kerana ia sudah mjadi kebiasaan terutama bagi bangsa Arab Kristian.

Aku PENING! kekadang KELIRU. yg mana satu ni? kalau aku yg pernah mengaji syariah di UM pun CONFUSE apatah lagi mereka yg tiada asas agama.

Tetapi setelah mbaca & sedikit mkaji, aku berpendapat Sheikh Yusuf mengatakan demikian mungkin dlm konteks Timur Tengah dimana  majoriti penganut kristian di sana adalah bermazhab Orthodoks yg cuma bertuhankan ALLAH & menganggap Nabi Isa sbgai Rasul saja; bukan anak tuhan seperti yg dianut oleh penganut mazhab Katholik & Protestan di Eropah, Amerika & Asia Timur. apatah lagi perkataan Tuhan didalam bahasa Arab bermaksud ALLAH.

Berlainan pula dgn konteks Malaysia di mana penganut Kristiannya bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dll yg memegang konsep Trinity iaitu Tuhan (God @ Lord), Jesus Christ (anak Tuhan) & Holy Ghosts (Rohul Kudus). dan utk mengelakkan kekeliruan & konflik terutama di kalangan umat Islam sewajarnya kalimah ALLAH tidak digunakan oleh penganut Kristian bagi mjaga kesuciannya.

Wallahualam.  Smoga kita semua diberi petunjuk & hidayah dariNYA dlm mhadapi sebarang mehnah & masalah dlm aqidah & agama kita.

......bersambung..........

No comments:

Post a Comment